Mengenai Kami

JNO-Mart  adalah usahasama di antara Pusat Internet Desa Balik Pulau dengan Suka Senyum Enterprise sebagai  medium pengiklanan dan pemasaran barangan dan perkhidmatan secara Online untuk ahli-ahli yang telah menyertai JOM NIAGA ONLINE (JNO) anjuran  Pusat Internet Desa (PID) Balik Pulau dengan kerjasama   Penang Development Corporation (PDC) dan secara amnya terbuka kepada pengusaha Industri Kecil &Sederhana (IKS) di kawasan Balik Pulau untuk memasarkan barangan dan perkhidmatan  mereka.

JNO-Mart akan berfungsi sebagai media perantaraan pemasaran secara Online di antara pengusaha dan pembeli. Pengusaha yang berminat boleh mendaftarkan nama mereka sebagai ahli JNO-Mart mengikut spefikasi yang telah ditetapkan.


JNO-Mart akan dikendalikan oleh seorang ‘Online Promoter’ yang bertanggungjawab untuk memasarkan barangan dan perkhidmatan pengusaha. Adalah menjadi harapan kami JNO-Mart akan menjadi satu media hub pemasaran  secara online kepada pengusaha IKS di Balik Pulau, Pulau Pinang.